Ahad, 20 Jun 2010

HAND PHONE CASES



Antara “handphone case” yang telah di hasilkan. Yang ni memang senang jer nak buat, ada satu design yang saya reka amatlah susah untuk dibuat. Makan masa berjam-jam nak siapkannya. Insya-Allah, nanti saya upload gambarnya kat sini.Tunggu….Apa pun kalau nak tempah “design” ni, bisa di atur.

KEY CHAINS DAN HAND PHONE STRAPS


Sebahagian “Key Chains”. Cuma RM 3.50/pcs. Nak tempah untuk “Hand phone Straps” boleh jugak. Untuk “Handphone Straps” pulak cuma RM 3.80/pcs.

-"ATTENTION"-

Sesetengah produk di adalah 100% hasil idea dan design pemilik . Oleh itu JANGAN SESEKALI mengambil idea dan design tersebut untuk tujuan komersial atau jualan kecuali dengan kebenaran dari pemilik Dengan idea dan design tersebut, telah cuba mencari keunikan tersendiri tanpa ada persamaan dengan hasil crafter-crafter lain. Jadi sila menghormati karya,idea dan design
TERIMA KASIH.

"JUST BE UNIQUE & DIFFERENT IN OUR OWN WAY"

TISSUE COVER

TISSUE COVER

“Tissue Cover”- Percubaan yang pertama dari kain felt. Materialnya adalah Felt Wool dan Rayon. Dibuat seperti ala-ala kek coklat, dihiasi krim dari Felt Wool Putih dan ditambah seri dengan beberapa biji strawberry dan kepingan coklat agar “tissue cover” ini seperti betul-betul kek coklat. Yang ni khas untuk letak dalam kereta HB.”He like it”….-SEDIA MENERIMA TEMPAHAN.


BLOG LAUNCHING

ASSALAMUALAIKUM W.B.T,

Syukur kehadarat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya maka terbinalah PONDOKKRAF.BLOGSPOT.COM.Melalui PONDOKKRAF.BLOGSPOT.COM ini , dapatlah saya jadikannya sebagai “platform” untuk saya berkongsi pengetahuan, idea dan kemahiran yang saya ada dalam bidang kraf dan juga jahitan.Disamping itu juga secara tidak langsung saya dapat membina perniagaan di alam maya ini.

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan sekalung ucapan Terima Kasih kepada suami tercinta kerana banyak memberi idea-idea dan tunjuk ajar dalam pembinaan PONDOKKRAF.BLOGSPOT.COM.Dengan dorongan dan kata-kata semangatnya akan dijadikan panduan dalam menyempurnakan blog ini. Dengan pertolongan dan bantuannya dalam segala urusan perniagaan akan dikenang sepanjang hayat. Kepada putera tersayang MUHAMMAD ASYRAAF DANIAL dan puteri tersayang NUR QAISARA DIYANAH , Terima Kasih kerana banyak mencipta dugaan dan cabaran untuk ibu.Tanpa cabaran dan dugaan bukanlah satu kehidupan yang sebenar, kan? Semoga Asyraaf dan Qaisara dapat memahami situasi ibu dari masa ke semasa.

Kepada keluarga, jutaan Terima Kasih jua kerana memberi cadangan dan dorongan untuk membuka perniagaan yang berdasarkan kemahiran yang saya ada.

Kepada pelawat-pelawat PONDOKKRAF.BLOGSPOT.COM, “SELAMAT DATANG KE PONDOKKRAF.BLOGSPOT.COM”, semoga anda semua enjoy berada di sini….