Ermmm…Dah lima bulan handphone ni jadi milik aku... Hadiah dari suami sempena kerosakan yang dialami ke atas handpone lama ku (fuhh! ayat). Paling aku suka dengan handphone ni, gambar memang cantik dan jelas. Kebanyakan gambar dalam blog ni hasil dari handphone ni ler. Tapi yang paling tak suka, besar gedabak dan terlampau canggih sangat, sesenang jer anak aku boleh unlock dan lock. Tak macam handphone lama-lama dulu, yang kene tekan select kemudian tekan * (kalau x silap ler) kalau nak lock atau unlock...hish membebel pulak pasal handpone ni.
Ermm, cakap pasal baju, sebelum ni asyik buat “baju” untuk handphone customers jer, handphone sendiri daif tak ada baju cantik-cantik. Nampaknya kena reka design yang sesuai untuk handphone ku yang boleh dikatakan saiz XL tu (Sony ericsson satio)…Design yang sedia ada pun sesuai untuk handphone saiz M jer kot.
Sekarang duk perah otak design macam mana nak buat untuk handphone tu…Takpa, anda tunggu jer ok ke tak “baju” untuk handphone ku itu…