Isnin, 17 Januari 2011

AKHIRNYA DAH ADA BAJU…

Ini la “baju” untuk handphone ku…Cantik kan? Berbeza dengan design yang saya buat untuk customers sebelum ni. Bukan apa, handphone ku itu saiznya luar biasa sikit, kena la reka design lain, dan upgrade la mana yang patut dari design lama tu. Proses men”design” dan menyiapkannya hanya mengambil masa tak sampai satu hari…

Handphone case bentuk gaun ni mengabungkan dua warna iaitu pink dan coklat tua, mirip-mirip warna handphone case yang saya buat untuk kawan kepada anak buah hari tu…(Jeles punya pasal)

Dengan adanya handphone case ni, selamat la sikit nak bawak pi mana-mana terutama time malas bawak handbag. Yea la, tak kan nak gi kedai runcit, hantar anak tadika nak bawak handbag pulak. Macam nak gi shopping je… Satu lagi, saiz handphone tu yang besar gedabak tu, bukan selesa kalau nak pegang memanjang…Ada handphone case ni selesa la sikit, bimbit jer…Bahagian tali handphone tu saya buat kelainan sikit, guna kain felt. Sebelum ni guna tali nylon jer untuk tempahan customers punya.