“Lucky is Rezeki”.

Alamak!! Last minute nak joint giveaway ni, hari ni last day…Cuba nasib jer ni, harap-harap ada rezeki, menang ke, tak menang ke lain cerita, yang penting kita cuba…Pantang kalau hadiah giveaway berupa barang untuk buat felt kraf ni, memang saya akan joint. Yea la, mana tau kalau menang. Best tu hadiah dia…Nak tau hadiah-hadiahnya, singgah di blog purple shades…
Nak menang hadiah kena la ikut syarat-syaratnya…salah satu syaratnya kena bagi sebab kenapa suka buat felt kraf….Jawapan saya senang aje…
Saya suka buat felt kraf kerana ia boleh menunjukkan kreativiti seseorang dalam mencipta produk baru dari kain felt dan juga boleh memberi sumber pendapatan kepada saya…
Ini la “baju” untuk handphone ku…Cantik kan? Berbeza dengan design yang saya buat untuk customers sebelum ni. Bukan apa, handphone ku itu saiznya luar biasa sikit, kena la reka design lain, dan upgrade la mana yang patut dari design lama tu. Proses men”design” dan menyiapkannya hanya mengambil masa tak sampai satu hari…
Handphone case bentuk gaun ni mengabungkan dua warna iaitu pink dan coklat tua, mirip-mirip warna handphone case yang saya buat untuk kawan kepada anak buah hari tu…(Jeles punya pasal)
Dengan adanya handphone case ni, selamat la sikit nak bawak pi mana-mana terutama time malas bawak handbag. Yea la, tak kan nak gi kedai runcit, hantar anak tadika nak bawak handbag pulak. Macam nak gi shopping je… Satu lagi, saiz handphone tu yang besar gedabak tu, bukan selesa kalau nak pegang memanjang…Ada handphone case ni selesa la sikit, bimbit jer…Bahagian tali handphone tu saya buat kelainan sikit, guna kain felt. Sebelum ni guna tali nylon jer untuk tempahan customers punya.
Ermmm…Dah lima bulan handphone ni jadi milik aku... Hadiah dari suami sempena kerosakan yang dialami ke atas handpone lama ku (fuhh! ayat). Paling aku suka dengan handphone ni, gambar memang cantik dan jelas. Kebanyakan gambar dalam blog ni hasil dari handphone ni ler. Tapi yang paling tak suka, besar gedabak dan terlampau canggih sangat, sesenang jer anak aku boleh unlock dan lock. Tak macam handphone lama-lama dulu, yang kene tekan select kemudian tekan * (kalau x silap ler) kalau nak lock atau unlock...hish membebel pulak pasal handpone ni.
Ermm, cakap pasal baju, sebelum ni asyik buat “baju” untuk handphone customers jer, handphone sendiri daif tak ada baju cantik-cantik. Nampaknya kena reka design yang sesuai untuk handphone ku yang boleh dikatakan saiz XL tu (Sony ericsson satio)…Design yang sedia ada pun sesuai untuk handphone saiz M jer kot.
Sekarang duk perah otak design macam mana nak buat untuk handphone tu…Takpa, anda tunggu jer ok ke tak “baju” untuk handphone ku itu…
Jangan silap tau, ini bukan kain Felt tapi tak tau apa orang panggil kain jenis ni. Macam kain PUL, tapi tak pernah pegang atau rasa tekstur kain PUL tu, cuma pernah tengok gambar kat internet jer.
Sebenarnya kain-kain ni adalah kain perca yang terbuang. Abang ipar saya ambil dari office dia. “Plan”nya sekadar nak buat lap kereta atau nak buat kain buruk. Bila saya belek-belek kain ni, memang bagus dan sesuai untuk buat kraf dan sebagainya. Waktu tu dah macam-macam idea berligar dalam kepala ni…Jadi saya rembat la mana yang ada.
Dan…dengan kain-kain ni juga saya bakal buat “sesuatu”. Tunggu dan lihat, apa yang saya hasilkan dengan kain-kain ni…
Sempena Tahun Baru 2011 dan Hari Jadi saya pada 01.Januari.2011 hari ini (seperti mana tercatat pada mykad) , saya ingin memperkenalkan produk terbaru 100% hasil rekaan serta ciptaan saya sendiri…
Dengan bangganya saya memperkenalkan “Handphone Case” bentuk mini gaun….Yeay…(tepuk tangan)