Sabtu, 19 Mac 2011
Isnin, 14 Mac 2011
“FIRST GIVEAWAY” DARI SEW AND CUT
Kali ni nak join giveaway dari blog Sew and Cut. Hadiah yang disediakan memang cantik iaitu 20 biji "pin cushions" yang bermotif buah dan sayur macam dalam gambar kat atas tu, cantik kan? Ada tiga bentuk iaitu Labu, Tomato dan Manggis. Penyertaannya terhad untuk 20 orang saja….Nak join, sila lawat ke blog Sew and Cut…Harap-harap dapat ler memetik sebijik buah atau sayur tu dari blog Sew and Cut ni…
Rabu, 2 Mac 2011
LAPTOP SLEEVE
“Laptop Sleeve” ni tempahan kakak saya Puan Razana, cikgu di SMK Rapat Setia, Ipoh, Perak.…dia request nak design bunga daisy macam hasil “Folk art” dia. Nak tujuh kelopak bunga,lima kuntum bunga Daisy dan tiga ekor Ladybird.Suka bebenor dengan Ladybird sampai mahu 3 ekor…
Saya buat “Laptop Sleeve” ni guna dua jenis kain felt. Untuk bahagaian luar saya guna “wool felt” dimana felt ni jenis lembut dan bahagian dalam pulak “polyster felt” iaitu felt yang jenis keras sikit. Ditengah antara kedua-dua felt ni saya letak span nipis supaya laptop selamat daripada hentakan objek-objek keras.
Erm…asalnya “laptop sleeve” ni ditempah hanya satu…tup2 dah siap rasa macam tak muat dengan laptop kakak saya tu. Sebab bila saya cuba masukkan laptop saya macam ngam2 jer (Acer ASPIRE One), sedangkan laptop kakak saya punya model acer jugak tapi yang jenis lama sikit, besar sikit la ukur lilitnya…jadi saya buat lain dan besar sikit ukurannya…sekarang dah ada dua dengan design yang sama…