Sabtu, 29 Oktober 2011

HANDPHONE CASE DRESS



Purple + Pink
RM 15




Hijau pucuk Pisang + Hijau Tua
RM 15




Pink Muda + Maroon
RM 15




Kuning bunga2+ Kuning
RM 15




Coklat + Kuning
RM 15




Pink Muda + Hitam
RM 15




Biru + Hijau Petronas
RM 15



Merah + Putih
RM 15

Jumaat, 28 Oktober 2011

PURSE DARI PVC







Sakit jari-jemari nak siapkan purse ni, maklum je la PVC kan tebal...






Bila hasilkan sendiri purse memang puas hati sebab kita buat 100% citarasa kita...kalau beli kat kedai macam tak cukup ruang nak letak segala kad yang ada. Purse ni saya buat 20 ruang untuk simpan kad dan sengaja buat berasingan dengan tempat simpan duit, tak la serabut sangat...purse yang jual kat kedai kebanyakan ruang untuk letak duit sekali dengan ruang kad. Bila buat berasingan kemas, dan nak ambik duit atau kad pun mudah...



TIDAK MENERIMA TEMPAHAN UNTUK PURSE INI HARAP MAKLUM

CUSHION COVER










Rabu, 19 Oktober 2011

Bride and Groom Handphone pouch




"Handphone pouch" untuk pasangan pengantin baru, pengantin lama pun boleh jugak...Romantik gitu...hehehehehe....

Selasa, 18 Oktober 2011

"WATERMARK" ADALAH "TRADEMARK"

Sejak blog bertukar nama susah nak update blog, sebabnya banyak yang kena tukar terutamanya "watermark".Yea la, macam mana nak update blog kalau gambar tak ada "watermark", kan tak pasal-pasal gambar saya kena curi orang kemudian ada yang tanpa segan-silu tepek kat blog diaorang buat macam gambar dia punya. Dah ramai kalangan "crafters"yang kena...gambar yang ada watermark pun berani jugak diaorang ambik tanpa kebenaran tuan punya, ini kan pula yang tiada "watermark" lagi la keluar tanduk atas kepala....senang-senang jer kan spesis macam ni buat kerja.

Lupakan seketika kisah tu...

Lepas tukar nama blog hari tu, mula nak kena "design" balik "watermark", bukan senang...perah otak bagai, edit sana sini...fikir warna, apa yang patut letak kat "watermark" tu, jenis "fonts" supaya "watermark" nampak menarik dan tertarik...pening jugak nak fikir, tapi dalam pening-pening nak fikir, pening lagi org yang nak kena buat "watermark" tu...tambah pulak dapat orang yang cerewet macam saya...dan akhirnya tercipta la "watermark" kat atas tu...

"Design" "watermark" tu adalah idea saya sendiri, bentuk rumah tu umpama teratak la...dan pemilihan warna hijau pucuk pisang dan merah jambu pada perkataan TERATAK-KRAF sebab tertarik dengan warna logo rancangan "Deco Idaman Selebriti", lebih-lebih lagi saya memang suka tengok rancangan tu....Lambang jarum pada "watermark" tu bermaksud saya suka menjahit...Ibu saya orang yang paling memahami saya yang suka menjahit, sebab tu la dia belikan mesin jahit untuk saya...hehehehehe...TERIMA KASIH IBU....

AMARAN KERAS:
SAYA PEMILIK BLOG TERATAK-KRAF
HASIL KERJA SAYA, GAMBAR SAYA ADALAH HAK SAYA, JANGAN SESEKALI MENJADIKANNYA SEBAHAGIAN MILIK ANDA ATAU MENGGUNAPAKAI GAMBAR SAYA DI BLOG ATAU DI LAMAN WEB ANDA KECUALI ATAS KEBENARAN SAYA