Berminat? Anda boleh buat tempahan melalui e-mail ke teratak.kraf@gmail.com
Isnin, 30 April 2012
Isnin, 23 April 2012
TEMPAHAN LAGI...
Lagi beg serbaguna dari PVC. Design hampir sama dengan tempahan yang sebelum ini cuma ukuran lebih besar sikit 18cm x 11cm...
Beg ni 90% dibuat menggunakan tangan dan selebihnya menggunakan mesin. Untuk menjahit bunga,daun dan ladybug itu bukan satu kerja yang mudah,memerlukan tahap kesabaran yang tinggi lebih-lebih lagi terpaksa menjahit 2 lapis PVC yang tebal dan bukan jahit sekuntum bunga tapi 3 kuntum bunga campur dengan daunnya lagi, jadi sebab tu harga beg ini tidak semurah beg-beg yang ada dipasaran. Jangan samakan "handmade" beg dengan yang dipasaran. Beg yang ada dipasaran semua dijahit 100% menggunakan mesin, so sebab tu murah...
Khamis, 19 April 2012
Measure Tape
Semua ni adalah tempahan. Siapa-siapa berminat boleh tempah melalui e-mail ke teratak.kraf@gmail.com atau sms ke nombor 019-966 8185 (sms sahaja).
Bentuk buah-buahan
Bentuk Biskut Oreo dan Swiss Roll
Bentuk Ladybug yang cute
Selasa, 3 April 2012
LAGI PURSE DARI PVC...
"Purse" ni dibuat istimewa untuk ibu saya. Menggantikan "purse"nya yang telah usang. Pemilihan PVC yang bercorak dan warna yang tidak terlalu extreme,sesuai dengan usianya.
Hiasan yang simple serta menggunakan "magnet button" pada bahagian penutup.
Yang paling penting, bahagian dalam mempunyai ruang yang banyak untuk mengisi dokumen dan duit. Sengaja menyediakan ruang lebih untuk kad supaya ibu saya boleh menyimpan kad pencen, kad atm dan kad pengenalan dengan kemas. Dan hakikatnya, ibu saya sangat suka "purse" ni...
Ahad, 1 April 2012
COIN BAG a.k.a HAND PHONE CASES
Ini anak buah yang punya. Dua adik-beradik ni mintak buatkan beg yang mempunyai dua ruang untuk simpan duit dan juga hand phone. Minta buat nama mereka dan nama artis kesukaan mereka kat beg tu. Artis mana entah, tak kenal dan tak pernah dengar...Kita "Bertindak mengikut arahan jer".
Dan ini, keychain istimewa untuk mereka. Diaorang tak suruh buat tapi cikteh dia ni yang offer nak buat. First trial guna PVC untuk buat keychain. Boleh tahan juga dari guna felt.Tapi semestinya jari jemari sedikit pedih bila jahit menggunakan material PVC ni sebab dia tebal dan keras tetapi ianya tahan lama dari felt sebab felt cepat berbulu.
Si kakak yang punya...
Si kak ngah yang punya...
Langgan:
Catatan (Atom)