Selasa, 26 Oktober 2010

HP CASE LAGIIIIIII..............



Yang ini tempahan oleh Suzira Abd.Rashid dari Johor Bahru....Jarang customer mahu tempah design ni. Tapi cantik kan....colorful gitu..



Dan "Keychain" sebelah "Handphone Case" tu...free untuk Suzira...Siapa-siapa yang tempah barang kat sini akan dapat free key chain setiap seorang (bukan untuk setiap brg yea,sorry) dan ianya sementara stok masih ada.....
Banyak barang kraf kat SINI, dijemput untuk untuk cuci mata...

Ahad, 17 Oktober 2010

GIVEAWAY: DAPAT LABEL YEAY!!!

Dah lama teringin nak ada "Business Label" sendiri, sebab label bukan saja melambangkan sesuatu bisnes tetapi juga memperkenalkan identiti pemilik yang mengeluarkan sesuatu produk tu. Contohnya macam ni...



kebetulan saya jumpa blog Izue yang sudah setahun menjalankan bisness label ni. Sempena Ulangtahun bisnes yang pertama, beliau telah mengadakan GIVEAWAY. Kepada yang bertuah akan dapat satu set label polycotton. JOM SERTAI SEKARANG...Tarikh tutup penyertaan adalah pada 25 Okt 2010…

Jumaat, 1 Oktober 2010

''BURGER PIN CUSHION"

"Burger Pin Cushion"...Diperbuat daripada kain cotton.Dah lama buat, sebelum berkecimpung dalam dunia felt lagi. Sebelum tu ada buat bantal kecik untuk anak bentuk burger macam ni.Lepas tu adik mintak buat yang lagi besar utk dia...Yang ni cuma guna kain perca yang mana ada dalam simpanan jer....