Isnin, 18 April 2011

BEKAS SERBAGUNA




Dah lama nak buat bekas serbaguna ni, sejak berkecimpung dalam dunia felt lagi. Disebabkan masa yang terbatas, bulan Mac yang lalu baru berkesempatan membuatnya. Dan hari ni baru dapat upload kat blog...

Apa pun, bekas yang rupa macam kek ala-ala strawbery ni boleh digunakan untuk menyimpan barang kemas, aksesori dan sebagainya amat sesuai untuk dijadikan hadiah sempena Hari Ibu, Hari Jadi, Ulangtahun Perkahwinan, Hari Guru dan sebagainya. Kat atas kek tu boleh lakar macam-macam ungkapan...nak tulis nama dan tarikh pun boleh...

Jumaat, 15 April 2011

SEPARUH SIAP UNTUK KATEGORI ALPHABERT
















Hasil tampalan huruf-huruf pada kain. Lepas ni proses mengunting, mencantum dan menampal gambar-gambar untuk setiap huruf yang ada. Proses ni memang menyeronokan. Anak-anak pun macam suka dan berminat dengan hasil kerja tangan ibunya…Sabar yea…semua ni untuk anak-anak ibu…



Selasa, 12 April 2011

MENERUSKAN PROJEK YANG TERGENDALA


Demi anak-anak, projek yang tergendala cuba disiapkan…tapi masih pada tahap permulaan. Kalau boleh nak siapkan secepat yang mungkin. Baru perasan, untuk nombor kena tambah satu lagi angka sepuluh...