Selasa, 14 Februari 2012

JOM SERTAI GIVEAWAY RBT!!!

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia...

15hb Februari 2012 genaplah setahun penubuhan RightBrain THINKER (pitstop only 4 CRAFTER) di Facebook. Sempena menyambut "anniversary" ini,kami ahli-ahli RightBrain THINKER bersepakat untuk mengadakan GIVEAWAY kepada anda semua terutama pengemar-pengemar kraf. GA tersebut akan bermula pada 20 Februari 2012 sehingga ke tarikh yang akan diberitahu kelak. Pelbagai hadiah menarik menanti anda yang berupa barangan kraf yang dihasilkan sendiri oleh ahli-ahli RBT dan juga hadiah yang berupa material-material untuk membuat kraf yang disediakan oleh "suppliers". Untuk menyertai GIVEAWAY ini anda perlu tekan "LIKE" terlebih dahulu di page Right Brain Thinker (RBT) Malaysia dan seterusnya anda layak menyertai GIVEAWAY tersebut. Banyak hadiah menarik menanti anda di sana, dan salah satunya hadiah dibawah ini...



Jangan lepaskan peluang keemasan ini. "SEE YOU THERE!!!!"

Rabu, 1 Februari 2012

EKSKLUSIF DARI TERATAK-KRAF


"Hand Phone Casing"....
Rekaan terbaru dari pemilik teratak-kraf. Ianya diperbuat dari gabungan dua jenis PVC iaitu jenis bercorak dan kosong dengan warna yang senada. Berbentuk seperti "Dress" dimana dibahagian hujung bawah "dress" disulami bunga-bungaan dengan menggunakan teknik sulaman benang agar nampak menarik dan eksklusif...
Untuk tempahan boleh email ke teratak.kraf@gmail.com.