Sabtu, 1 Januari 2011

SEMPENA TAHUN BARU 2011...

Sempena Tahun Baru 2011 dan Hari Jadi saya pada 01.Januari.2011 hari ini (seperti mana tercatat pada mykad) , saya ingin memperkenalkan produk terbaru 100% hasil rekaan serta ciptaan saya sendiri…

Dengan bangganya saya memperkenalkan “Handphone Case” bentuk mini gaun….Yeay…(tepuk tangan)






”Handphone Case” bentuk mini gaun ini telah saya cipta lebih-kurang lima bulan yang lalu setelah blog ini dilancarkan dan sudah ramai yang menempahnya. Orang yang pertama memilikinya adalah kakak saya yang banyak memperkenalkan produk-produk saya pada rakan-rakannya…Terima Kasih tak terhingga untuk beliau…Walaupun sukar untuk membuatnya tetapi hasilnya memang memikat hati sesiapa yang melihatnya…(cewah…masuk lif tekan sendiri) jangan marah ya…..untuk mengetahui harganya harganya, sila klik JOM SHOPPING…