Jumaat, 1 Oktober 2010

''BURGER PIN CUSHION"

"Burger Pin Cushion"...Diperbuat daripada kain cotton.Dah lama buat, sebelum berkecimpung dalam dunia felt lagi. Sebelum tu ada buat bantal kecik untuk anak bentuk burger macam ni.Lepas tu adik mintak buat yang lagi besar utk dia...Yang ni cuma guna kain perca yang mana ada dalam simpanan jer....

Ahad, 19 September 2010

STRAWBERI...PENYERI RUANG MAKAN.

Buah strawberi yang dihasilkan dari kain felt dan di isi dalam “container” berbentuk bujur yang dihiasi reben satin. Boleh diletak di meja makan atau meja kopi.


2 PASANG ''HAIR CLIPS''

Yang ini untuk anak buah iaitu Syamina dan adiknya Vina. Buat yang simple jer,sebab masa buat 'Hair Clips" ni tengah bercuti di kampung sempena Aidilfitri, jadi tak cukup alatan nak buat kemasan yang cantik untuk "Hair Clips" ni.

Sabtu, 18 September 2010

''HEAD BAND'' UNTUK SYAMINA DAN VINA

Percubaan pertama menghias ''Head Band'' dengan kain felt.

''TISSUE COVER'' SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI

"Tissue Cover"...Salah satu ditempah oleh kakak dan satu lagi untuk ibu sebagai penghias meja sempena Aidilfitri...

Selasa, 31 Ogos 2010

TEMPAHAN LAGI.....





Kali ini customer "request" mahu hiasan "butterfly", "ladybird" dan "bee" tu letak pada penutup. Mungkin kalau letak kat bunga tak berapa cantik kot.Apa pun saya ubah sikit bunga hiasan tu bagi nampak menarik dan macam bunga hidup. Berbeza dengan "design" lama yang begitu simple. Harap-harap customer suka....