Ahad, 20 Februari 2011

TEMPAHAN YANG BARU DI SIAPKAN



4 hand phone case dress bertali panjang yang telah pun selamat sampai ke tangan penempah.

FRAME GAMBAR MINNIE MOUSE DAN DUA BIJI CUPCAKES





Untuk dihadiahkan kepada anak “second boss” suami sempena harijadi…Last minute buat, sebab undangan pun last minute jugak…Hehehehe


Isnin, 31 Januari 2011

LUCKY IS REZEKI GIVEAWAY

Adehhh! Ni peryertaan last minute lagi…Hari ni last, tapi sempat lagi kot, cuba jer la, mana tau ada rezeki. Giveaway ni sempena pembukaan blog baru iaitu
“Lucky is Rezeki”.

Untuk mengetahui syarat-syarat penyertaan dan hadiahnya sila ke blog "Lucky is Rezeki"...

Khamis, 27 Januari 2011

GIVEAWAY BY PURPLE SHADES


Alamak!! Last minute nak joint giveaway ni, hari ni last day…Cuba nasib jer ni, harap-harap ada rezeki, menang ke, tak menang ke lain cerita, yang penting kita cuba…Pantang kalau hadiah giveaway berupa barang untuk buat felt kraf ni, memang saya akan joint. Yea la, mana tau kalau menang. Best tu hadiah dia…Nak tau hadiah-hadiahnya, singgah di blog purple shades…

Nak menang hadiah kena la ikut syarat-syaratnya…salah satu syaratnya kena bagi sebab kenapa suka buat felt kraf….Jawapan saya senang aje…

Saya suka buat felt kraf kerana ia boleh menunjukkan kreativiti seseorang dalam mencipta produk baru dari kain felt dan juga boleh memberi sumber pendapatan kepada saya…

Isnin, 17 Januari 2011

AKHIRNYA DAH ADA BAJU…

Ini la “baju” untuk handphone ku…Cantik kan? Berbeza dengan design yang saya buat untuk customers sebelum ni. Bukan apa, handphone ku itu saiznya luar biasa sikit, kena la reka design lain, dan upgrade la mana yang patut dari design lama tu. Proses men”design” dan menyiapkannya hanya mengambil masa tak sampai satu hari…

Handphone case bentuk gaun ni mengabungkan dua warna iaitu pink dan coklat tua, mirip-mirip warna handphone case yang saya buat untuk kawan kepada anak buah hari tu…(Jeles punya pasal)

Dengan adanya handphone case ni, selamat la sikit nak bawak pi mana-mana terutama time malas bawak handbag. Yea la, tak kan nak gi kedai runcit, hantar anak tadika nak bawak handbag pulak. Macam nak gi shopping je… Satu lagi, saiz handphone tu yang besar gedabak tu, bukan selesa kalau nak pegang memanjang…Ada handphone case ni selesa la sikit, bimbit jer…Bahagian tali handphone tu saya buat kelainan sikit, guna kain felt. Sebelum ni guna tali nylon jer untuk tempahan customers punya.

Ahad, 16 Januari 2011

HANDPHONE KU TAK " BERBAJU "

Wah dasyatnya “tittle”,handphone yang tak ada baju…Handphone anda ada baju tak?

Ermmm…Dah lima bulan handphone ni jadi milik aku... Hadiah dari suami sempena kerosakan yang dialami ke atas handpone lama ku (fuhh! ayat). Paling aku suka dengan handphone ni, gambar memang cantik dan jelas. Kebanyakan gambar dalam blog ni hasil dari handphone ni ler. Tapi yang paling tak suka, besar gedabak dan terlampau canggih sangat, sesenang jer anak aku boleh unlock dan lock. Tak macam handphone lama-lama dulu, yang kene tekan select kemudian tekan * (kalau x silap ler) kalau nak lock atau unlock...hish membebel pulak pasal handpone ni.

Ermm, cakap pasal baju, sebelum ni asyik buat “baju” untuk handphone customers jer, handphone sendiri daif tak ada baju cantik-cantik. Nampaknya kena reka design yang sesuai untuk handphone ku yang boleh dikatakan saiz XL tu (Sony ericsson satio)…Design yang sedia ada pun sesuai untuk handphone saiz M jer kot.

Sekarang duk perah otak design macam mana nak buat untuk handphone tu…Takpa, anda tunggu jer ok ke tak “baju” untuk handphone ku itu…

TEMPAHAN KAWAN KEPADA ANAK SAUDARA



Tempahan ni diterima sejak November 2010. Oleh kerana saya mengalami masalah kesihatan, proses untuk membuatnya selalu tertangguh. Kesian adik yang menempahnya, terpaksa menunggu terlalu lama.
dah lah tu awal-awal lagi dah siap bayar dengan kos pos sekali.

Gabungan warna pink lembut dan hitam ni adalah permintaan adik ni sendiri. sebelum buat macam tak "matching" jer warnanya, tapi apa pun pilihan customer, ikut jer la, kan?
Bila dah siap mak aii, cantik la pulak, suami saya pun sama,cakap cantik...Erm,tak leh jadi ni.

Kepada yang ingin menempah, pilihan warna adalah terserah kepada anda, tetapi bergantung kepada stok yang saya ada...