Selasa, 27 Mac 2012

PERHIASAN



LOVE yang dipenuhi kuntuman rose dari felt serta dihiasi juntaian kristal berbentuk rama-rama dengan warna senada.



Sesuai digantung pada tombol pintu kabinet atau almari hiasan dan juga boleh dijadikan hiasan pada cermin pandang belakang kereta.
(Saiz: 11 cm x 10 cm)

Sabtu, 24 Mac 2012

BEG SERBAGUNA




Beg ni adalah tempahan rakan satu kolej dulu. Dia "request" saiz 16cm x 11cm yang boleh isi dua biji hand phone (banyaknya hand phone dia),anak kunci dan duit (duit tak tau la banyak mana yang dia ada,hehehehe jangan marah yea Wan). Beg ni dari PVC. Sakit jari-jari ni nak jahit beg hang ni tau, lebih-lebih lagi bahagian bunga-bunga dan Ladybug tu. Nampak macam senang, tapi siapa yang menjahitnya je yang tahu (jangan marah yea cik kak) . Cakap hari tu bagi tempoh dua minggu untuk siapkan beg ni, tapi 6hari dah siap. Tunggu nak pos je ni. Sabar yea....

Ahad, 18 Mac 2012

Rabu, 7 Mac 2012

MEASURE TAPE - READY STOCK



Dari kiri atas: Buah Guava, Pisang dan Tembikai
Dari kiri Tengah: Buah Manggis, Oren dan Pisang
Bawah: Buah Kiwi

ALL SOLD OUT

Selasa, 14 Februari 2012

JOM SERTAI GIVEAWAY RBT!!!

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia...

15hb Februari 2012 genaplah setahun penubuhan RightBrain THINKER (pitstop only 4 CRAFTER) di Facebook. Sempena menyambut "anniversary" ini,kami ahli-ahli RightBrain THINKER bersepakat untuk mengadakan GIVEAWAY kepada anda semua terutama pengemar-pengemar kraf. GA tersebut akan bermula pada 20 Februari 2012 sehingga ke tarikh yang akan diberitahu kelak. Pelbagai hadiah menarik menanti anda yang berupa barangan kraf yang dihasilkan sendiri oleh ahli-ahli RBT dan juga hadiah yang berupa material-material untuk membuat kraf yang disediakan oleh "suppliers". Untuk menyertai GIVEAWAY ini anda perlu tekan "LIKE" terlebih dahulu di page Right Brain Thinker (RBT) Malaysia dan seterusnya anda layak menyertai GIVEAWAY tersebut. Banyak hadiah menarik menanti anda di sana, dan salah satunya hadiah dibawah ini...



Jangan lepaskan peluang keemasan ini. "SEE YOU THERE!!!!"

Rabu, 1 Februari 2012

EKSKLUSIF DARI TERATAK-KRAF


"Hand Phone Casing"....
Rekaan terbaru dari pemilik teratak-kraf. Ianya diperbuat dari gabungan dua jenis PVC iaitu jenis bercorak dan kosong dengan warna yang senada. Berbentuk seperti "Dress" dimana dibahagian hujung bawah "dress" disulami bunga-bungaan dengan menggunakan teknik sulaman benang agar nampak menarik dan eksklusif...
Untuk tempahan boleh email ke teratak.kraf@gmail.com.

Ahad, 1 Januari 2012

KEMBALI KE SEKOLAH




Kotak Pensil untuk putera sulung yang akan memasuki alam tadika. Kotak pensil ini asalnya bekas pensil warna yg berbentuk silinder yang lengkap berpenutup dan sekarang ianya telah dibaluti dengan PVC yang dihias dengan nama dan betuk kereta. Cantik tak?