Ahad, 27 Mei 2012

BROADBAND/ THUMDRIVE COVER


Sarung untuk Broadband atau Thumdrive. Untuk Thumdrive, hanya klipkan saja pencangkuk yang telah disediakan pada lubang thumdrive dan ketika hendak menggunakanya hanya keluarkan thumdrive dari sarung dan tak perlu tanggalkan daripada pencangkuknya. Mudah dan melindungi thumdrive semasa penyimpanan. Boleh memuatkan 2 pcs thumdrive yang bersaiz kecil untuk satu sarung ini. Jika anda bercadang untuk memuatkan dua thumdrive, anda boleh request untuk tambah satu tali dengan harga RM0.50/ satu tali.


RM 10.00/ pcs atau RM20.00 Sepasang

AVAILABLE AVAILABLE AVAILABLE


RM11.00/ pcs atau RM22.00 Sepasang

AVAILABLE AVAILABLE


RM11.50/ pcs atau RM23.00 Sepasang

SOLD OUT AVAILABLE AVAILABLE
AVAILABLE SOLD OUT AVAILABLE
AVAILABLE



Rabu, 2 Mei 2012

THUMB DRIVE OR BROADBAND COVER




Ini satu lagi rekaan eksklusif dari . Macam biasa, saya suka cari kelainan dari crafter2 lain. Idea diolah menjadi sebegini rupa. Biasa kita lihat "thumb drive atau broadband cover" berbentuk empat segi tepat, jadi untuk mencari kelainan saya jadikan bentuk selipar...unik kan?

"JUST BE UNIQUE & DIFFERENT IN OUR OWN WAY"

* Kalau kita anggap diri kita "crafter" bermakna kita salah seorang yang kreatif...kalau kita kreatif, kita tak perlu ceduk idea orang lain 100%, jadi diri-sendiri...okey...PEACE NO WAR...



Isnin, 30 April 2012

TISSUE COVER & CAR CHARM




TISSUE COVER


CAR CHARM

"Tissue Cover" bentuk kek dan "Car Charm" strawberry yang ditempah oleh adik saya.

Berminat? Anda boleh buat tempahan melalui e-mail ke teratak.kraf@gmail.com

Isnin, 23 April 2012

TEMPAHAN LAGI...





Lagi beg serbaguna dari PVC. Design hampir sama dengan tempahan yang sebelum ini cuma ukuran lebih besar sikit 18cm x 11cm...
Beg ni 90% dibuat menggunakan tangan dan selebihnya menggunakan mesin. Untuk menjahit bunga,daun dan ladybug itu bukan satu kerja yang mudah,memerlukan tahap kesabaran yang tinggi lebih-lebih lagi terpaksa menjahit 2 lapis PVC yang tebal dan bukan jahit sekuntum bunga tapi 3 kuntum bunga campur dengan daunnya lagi, jadi sebab tu harga beg ini tidak semurah beg-beg yang ada dipasaran. Jangan samakan "handmade" beg dengan yang dipasaran. Beg yang ada dipasaran semua dijahit 100% menggunakan mesin, so sebab tu murah...

Khamis, 19 April 2012

Measure Tape



Semua ni adalah tempahan. Siapa-siapa berminat boleh tempah melalui e-mail ke teratak.kraf@gmail.com atau sms ke nombor 019-966 8185 (sms sahaja).


Bentuk buah-buahan


Bentuk Biskut Oreo dan Swiss Roll


Bentuk Ladybug yang cute

Selasa, 3 April 2012

LAGI PURSE DARI PVC...


"Purse" ni dibuat istimewa untuk ibu saya. Menggantikan "purse"nya yang telah usang. Pemilihan PVC yang bercorak dan warna yang tidak terlalu extreme,sesuai dengan usianya.


Hiasan yang simple serta menggunakan "magnet button" pada bahagian penutup.


Yang paling penting, bahagian dalam mempunyai ruang yang banyak untuk mengisi dokumen dan duit. Sengaja menyediakan ruang lebih untuk kad supaya ibu saya boleh menyimpan kad pencen, kad atm dan kad pengenalan dengan kemas. Dan hakikatnya, ibu saya sangat suka "purse" ni...

Ahad, 1 April 2012

COIN BAG a.k.a HAND PHONE CASES



Ini anak buah yang punya. Dua adik-beradik ni mintak buatkan beg yang mempunyai dua ruang untuk simpan duit dan juga hand phone. Minta buat nama mereka dan nama artis kesukaan mereka kat beg tu. Artis mana entah, tak kenal dan tak pernah dengar...Kita "Bertindak mengikut arahan jer".




Dan ini, keychain istimewa untuk mereka. Diaorang tak suruh buat tapi cikteh dia ni yang offer nak buat. First trial guna PVC untuk buat keychain. Boleh tahan juga dari guna felt.Tapi semestinya jari jemari sedikit pedih bila jahit menggunakan material PVC ni sebab dia tebal dan keras tetapi ianya tahan lama dari felt sebab felt cepat berbulu.




Si kakak yang punya...




Si kak ngah yang punya...