Sabtu, 1 Disember 2012

TEMPAH TAPI TAK NAK AMBIK....

 BAHAGIAN DEPAN

 
  BAHAGIAN BELAKANG

 Ni ada seorang customer tempah, tak jadi ambil  sebab takut tak muat, padahal boleh sumbat handphone saya yang lebih besar dari hand phone dia. Hand Phone saya SONY XPERIA X2 "dimension"nya (110mm Panjang  x 54mm Lebar x 16 mm Tebal) manakala customer yg menempah Hand Phone Case ini mahu sumbat SONY XPERIA U yang berukuran (112mm Panjang x 54mm Lebar x 12 mm Tebal). Bila diteliti dari segi ukuran hanya lebih panjang 2mm je dari XPERIA X2, tp lebih nipis 4mm dari XPERIA X2 . Kira saiznya lebih kurang je. First time dapat customer yang bermasalah macam ni, beria2 tempah, tapi tak nak ambil. Dah la tak bagitau tak jadi ambil. Senyap macam tu je... Tak apa la, anggap tak ada rezeki... Hand Phone Case ini harganya RM15 tak termasuk pos, siapa nak boleh pm...

Sabtu, 13 Oktober 2012

PITA UKUR YANG TELAH DITEMPAH



Semua ini dah ada pemiliknya. Jika berminat boleh tempah melalui e-mail teratak.kraf@gmail.com atau pm  di facebook http://www.facebook.com/teratak.kraf

NOTE
***DUKACITA dimaklumkan bahawa harga material utama produk ini iaitu pita ukur telah dinaikan oleh supplier. Oleh itu,harga untuk produk ini terpaksa dinaikkan dari RM7.50 kepada RM7.80. KESULITAN AMAT DIKESALI.

Selasa, 2 Oktober 2012

BEKAS SERBAGUNA


 

Design yang ini boleh tulis sesuatu kat tengah-tengahnya




                                      
 Boleh diisi barang kemas dan apa jenis aksesori berharga dalam bekas ni dan sesuai juga dijadikan kotak hadiah.


Sabtu, 15 September 2012

TEMPAHAN NUR ANIZA


Pita ukur yang boleh digulung semula secara automatik. Hanya tekan butang ditengah-tengah pita ukur dan tali pengukur akan gulung dengan sendirinya.
Untuk tempahan boleh email ke teratak.kraf@gmail.com atau boleh juga "private message" di facebook Teratak Kraf. Pelbagai design yang boleh dipilih di sana.

Khamis, 23 Ogos 2012

HANDBAG RAYA SI CILIK


Handbag raya untuk si cilik yang bernama Nur Qaisara Diyanah. Berbentuk sepotong tembikai yang diperbuat dari 100% PVC. Sakit jari-jemari untuk menyiapkan satu bag ni kerna banyak lapisan PVC yg perlu dijahit dalam satu-satu. Walaupun seksa menyiapkannya tapi amat berpuashati dengan hasil yang diperolehi, si cilik pun suka...