Jumaat, 26 April 2013

BOOKMARK



RM1.50 /pcs

Bookmark atau Penanda Buku pelbagai design.


RM3.00/pcs

Bookmark atau Penanda Buku design Roses 3D. Sesuai dihadiahkan pada guru-guru sempena Hari Guru pada 16 Mei nanti.



Rabu, 13 Mac 2013

FRAME GAMBAR



Frame Gambar dari Felt dan Hiasannya diperbuat dari foam. Frame ini untuk dihadiahkan kepada kawan Teratak Kraf yg melangsungkan perkahwinan pada 23 Februari 2013 baru-baru ini.



Buat MILA & MUHAMMAD Selamat Pengantin Baru ... Semoga kekal Bahagia Hingga Ke Hujung Nyawa,

Sabtu, 9 Februari 2013

SARUNG TISU DARI PU LEATHER


Kotak tisu kalau letak kat “dashboard” akan menghalang penglihatan.Kalau letak belakang susah pulak kalau "driver" nak guna tisu time memandu sorang2. Ini cara yg praktikal iaitu sangkut pada penghadang cahaya… dibuat menggunakan 90% PU LEATHER dan 10% PVC… Tahan lasak dan sukar luntur kerana cahaya matahari.


Hanya perlu mengisi isi tisu sahaja, jimat ruang.


3 kuntum bunga dari PVC...


Turut dihiasi rama-rama yang juga diperbuat dari PVC...

Sabtu, 1 Disember 2012

TEMPAH TAPI TAK NAK AMBIK....

 BAHAGIAN DEPAN

 
  BAHAGIAN BELAKANG

 Ni ada seorang customer tempah, tak jadi ambil  sebab takut tak muat, padahal boleh sumbat handphone saya yang lebih besar dari hand phone dia. Hand Phone saya SONY XPERIA X2 "dimension"nya (110mm Panjang  x 54mm Lebar x 16 mm Tebal) manakala customer yg menempah Hand Phone Case ini mahu sumbat SONY XPERIA U yang berukuran (112mm Panjang x 54mm Lebar x 12 mm Tebal). Bila diteliti dari segi ukuran hanya lebih panjang 2mm je dari XPERIA X2, tp lebih nipis 4mm dari XPERIA X2 . Kira saiznya lebih kurang je. First time dapat customer yang bermasalah macam ni, beria2 tempah, tapi tak nak ambil. Dah la tak bagitau tak jadi ambil. Senyap macam tu je... Tak apa la, anggap tak ada rezeki... Hand Phone Case ini harganya RM15 tak termasuk pos, siapa nak boleh pm...

Sabtu, 13 Oktober 2012

PITA UKUR YANG TELAH DITEMPAH



Semua ini dah ada pemiliknya. Jika berminat boleh tempah melalui e-mail teratak.kraf@gmail.com atau pm  di facebook http://www.facebook.com/teratak.kraf

NOTE
***DUKACITA dimaklumkan bahawa harga material utama produk ini iaitu pita ukur telah dinaikan oleh supplier. Oleh itu,harga untuk produk ini terpaksa dinaikkan dari RM7.50 kepada RM7.80. KESULITAN AMAT DIKESALI.