Selasa, 31 Ogos 2010

TEMPAHAN LAGI.....





Kali ini customer "request" mahu hiasan "butterfly", "ladybird" dan "bee" tu letak pada penutup. Mungkin kalau letak kat bunga tak berapa cantik kot.Apa pun saya ubah sikit bunga hiasan tu bagi nampak menarik dan macam bunga hidup. Berbeza dengan "design" lama yang begitu simple. Harap-harap customer suka....

Isnin, 30 Ogos 2010

BAJU RAYA

Hampir dua bulan tak "update" blog. Sibuk dengan persiapan baju raya, ditambah pulak kesibukan pindah rumah seminggu sebelum Ramadhan menjelma hari tu. Dan hari ni baru boleh update. Setakat ni tiada produk terbaru,insya-Allah lepas Syawal akan laksanakan projek baru. Cuma nak tayangkan koleksi baju raya anak dara yang di hiasi dengan hiasan dari kain felt.












Ahad, 4 Julai 2010

TEMPAHAN OLEH PUAN HASLINA

Tempahan oleh Puan Haslina. 10 “Hand Phone Cases” untuk dihadiahkan kepada kawan-kawannya.

UNTUK DIPASARKAN




Antara barang-barang untuk di pasarkan.

UNTUK PROJEK KRAF

Selasa, 22 Jun 2010

WALL HANGING



"Wall Hanging" ni khas untuk anak “2IC” unit HB, sempena hari jadi yang ke-6 tahun. Harap-harap anaknya suka la kan? Sesuai untuk hiasan di bilik kanak-kanak.…

Isnin, 21 Jun 2010

ENGLISH DÉCOR

“English Décor”.Permintaan dari kakak saya yang suruh buatkan untuk hiasan “English Style”. Dia memang suka barang2 “English” ni. Pening jugak fikir apa yang sesuai dibuat dari kain Felt ni. Idea datang jua akhirnya….Tapi ini untuk permulaannya dulu… Ada idea baru, ada la produk baru…Tunggu…