Ahad, 20 Jun 2010

BLOG LAUNCHING

ASSALAMUALAIKUM W.B.T,

Syukur kehadarat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya maka terbinalah PONDOKKRAF.BLOGSPOT.COM.Melalui PONDOKKRAF.BLOGSPOT.COM ini , dapatlah saya jadikannya sebagai “platform” untuk saya berkongsi pengetahuan, idea dan kemahiran yang saya ada dalam bidang kraf dan juga jahitan.Disamping itu juga secara tidak langsung saya dapat membina perniagaan di alam maya ini.

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan sekalung ucapan Terima Kasih kepada suami tercinta kerana banyak memberi idea-idea dan tunjuk ajar dalam pembinaan PONDOKKRAF.BLOGSPOT.COM.Dengan dorongan dan kata-kata semangatnya akan dijadikan panduan dalam menyempurnakan blog ini. Dengan pertolongan dan bantuannya dalam segala urusan perniagaan akan dikenang sepanjang hayat. Kepada putera tersayang MUHAMMAD ASYRAAF DANIAL dan puteri tersayang NUR QAISARA DIYANAH , Terima Kasih kerana banyak mencipta dugaan dan cabaran untuk ibu.Tanpa cabaran dan dugaan bukanlah satu kehidupan yang sebenar, kan? Semoga Asyraaf dan Qaisara dapat memahami situasi ibu dari masa ke semasa.

Kepada keluarga, jutaan Terima Kasih jua kerana memberi cadangan dan dorongan untuk membuka perniagaan yang berdasarkan kemahiran yang saya ada.

Kepada pelawat-pelawat PONDOKKRAF.BLOGSPOT.COM, “SELAMAT DATANG KE PONDOKKRAF.BLOGSPOT.COM”, semoga anda semua enjoy berada di sini….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan