Isnin, 16 Mei 2011

SEMPENA HARI GURU 2011

Selamat Hari guru diucapkan kepada semua para guru terutama kepada kakak saya Cikgu Haslina dan Cikgu Razana serta buat adik saya yang baru bergelar cikgu pada tahun ini …SELAMAT HARI GURU diucapkan.



Sempena Hari Guru ini, saya telah pun menghasilkan empat biji mini kek untuk dihadiahkan kepada empat orang guru di Tadika Islam As Saadah Kem Lok Kawi yang merupakan cikgu-cikgu kepada anak sulung saya Muhammad Asyraaf Danial…(Sorry erk Cik Na, Cik Zana dan Ciksu, hadiah untuk kalian tiada dari orang sini, kikikih).



Oleh sebab cikgu asyraaf hanya empat orang je, jadi boleh la bajet lebih sikit. Buat yang rumit sikit pun tak apa.Kalau ramai jenuh jugak nak buat tu. Harap-harap cikgu asyraaf suka dengan hadiah ini….



Ini sebenarnya bekas serbaguna, material digunakan adalah tin dan dibaluti serta dihiasi dengan kain felt seperti ala-ala cupcakes. Saiznya pun lebih kurang cupcakes.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan