Isnin, 20 Jun 2011

BAGAIMANA JAHIT INSANG PARI PADA BAHAGIAN LABEL


Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia...

Hari ini genap setahun blog PONDOK KRAF. Tapi tiada apa yang menarik untuk diceritakan dan dikongsi sempena setahun penubuhannya. Cuma sekadar ingin berkongsi ilmu sahaja...

Tadi ada rakan dari RightBrain Thinker menyuarakan masalah di "facebook", bagaimana nak menjahit jahitan Insan Pari pada bahagian label yang di letak pada key chain. Dengan pengalaman saya yang tak seberapa, saya cuba ingin berkongsi ilmu yang ada. Di bawah ini saya menyediakan langkah-langkah bagaimana menjahit jahitan Insang Pari pada bahagian label. Diharap ianya dapat membantu...



BAHAGIAN HADAPAN

Masukkan label sebelah dalam atau dicelah kain felt.



BAHAGIAN HADAPAN

Kemudian cucuk jarum dari bahagian depan kain felt menembusi label dan kain felt bahagian belakang...( seperti gambar dibawah...)



BAHAGIAN HADAPAN


BAHAGIAN BELAKANG

Gambaran jarum yang dicucuk dari bahagian hadapan...



BAHAGIAN BELAKANG

Kemudian keluarkan jarum dan cucuk semula jarum pada label belakang (disisi tepi kain felt) sehingga menembusi label dibahagian hadapan...(seperti gambar dibawah...)


BAHAGIAN HADAPAN

Keluarkan jarum tersebut, kemaskan sehingga menjadi seperti gambar dibawah


BAHAGIAN HADAPAN

Hasil jahitan yang pertama pada label


BAHAGIAN HADAPAN

Ulang jahitan yang seterusnya. Cucuk jarum menembusi label dan kain felt belakang...


BAHAGIAN HADAPAN
Keluarkan jarum ke bahagian hadapan label dan tarik benang...


BAHAGIAN HADAPAN

Ulangi sehingga habis


BAHAGIAN HADAPAN


BAHAGIAN HADAPAN


BAHAGIAN HADAPAN

Hasil jahitan pada bahagian hadapan.


BAHAGIAN BELAKANG

Hasil jahitan pada bahagian belakang.

2 ulasan: