Sabtu, 1 Januari 2011

SEMPENA TAHUN BARU 2011...

Sempena Tahun Baru 2011 dan Hari Jadi saya pada 01.Januari.2011 hari ini (seperti mana tercatat pada mykad) , saya ingin memperkenalkan produk terbaru 100% hasil rekaan serta ciptaan saya sendiri…

Dengan bangganya saya memperkenalkan “Handphone Case” bentuk mini gaun….Yeay…(tepuk tangan)






”Handphone Case” bentuk mini gaun ini telah saya cipta lebih-kurang lima bulan yang lalu setelah blog ini dilancarkan dan sudah ramai yang menempahnya. Orang yang pertama memilikinya adalah kakak saya yang banyak memperkenalkan produk-produk saya pada rakan-rakannya…Terima Kasih tak terhingga untuk beliau…Walaupun sukar untuk membuatnya tetapi hasilnya memang memikat hati sesiapa yang melihatnya…(cewah…masuk lif tekan sendiri) jangan marah ya…..untuk mengetahui harganya harganya, sila klik JOM SHOPPING…





Selasa, 28 Disember 2010

FRAME GAMBAR TEMPAHAN FAZLIZA



Ini frame saiz yg paling besar yang tak pernah saya buat sebelum ni. Selama ni saya buat frame saiz yg kecil dan sederhana jer. Frame ini berukuran 11.5” X 15” sesuai untuk gambar berukuran A4…90% design frame ni adalah dari customer. Saya tambah sikit-sikit mana yang perlu...Harap-harap fazliza berpuas hati dengan hasil kerja saya…



Dan ini label untuk produk saya, ""first time" saya gunakan label ni untuk hasil kerja kraf saya….

Khamis, 4 November 2010

HANDPHONE CASE KAK ANIZ, LINDA DAN JAZERINA



Yang ni kepunyaan Saudari Linda dan Aniz. Kedua-duanya request nak tali panjang. So, untuk permintaan untuk tali panjang Cuma RM 10.50 (HP Case+ HP Strap).

Harga “Handphone Strap” ni

cuma RM3.00 sahaja…


Yang ini tempahan Jazerina. Memilih “Butterfly” sebagai penghias kedua-dua “HP Case” ini…

HANDPHONE CASE KAK ANIZ, LINDA DAN JAZERINA


TEMPAHAN PUAN MAZNI



“Tissue Cover” tempahan Puan Mazni. Puan Mazni nak kan Ros merah sebagai hiasan untuk “Tissue Cover” ini.



Yang ni pula dua set “English Décor Charm (Pot 3 in 1)”. 1 set mengandungi 3 pcs teko. Puan Mazni “request” nak warna sama dengan
“Tissue Cover” kat atas tu…Nak tau harga, sila ke Jom Shopping



Dan ini, juga tempahan Puan Mazni.

Selasa, 2 November 2010

HAPPY BIRTHDAY

Hari ni, 02 November 2010 genap 4 tahun usia anak sulung saya, Asyraaf. Sempena harijadinya, saya menghadiahkannya sebuah frame gambar yang dihiasi watak kartun kegemarannya iaitu BEN 10 yang diperbuat dari kain felt. Kalau pergi ke kedai atau mana-mana pasaraya pantang tengok barang yang berkaitan dengan BEN 10 atau ada watak BEN 10, mesti dia mahu beli…yang jadi mangsa keluarkan duit, ibu dan ayah dia ler….pokai jap kerana BEN 10…Kuatnya pengaruh BEN 10…

Apa pun sempena hari jadi Asyraaf yang ke 4 tahun,ibu ucapkan Selamat Hari Lahir, semoga Asyraaf menjadi anak yang soleh, taat kepada ibu dan ayah dan yang paling penting menjadi seorang Al-Hafiz suatu hari nanti....Insya-ALLAH....

Selasa, 26 Oktober 2010

HP CASE LAGIIIIIII..............



Yang ini tempahan oleh Suzira Abd.Rashid dari Johor Bahru....Jarang customer mahu tempah design ni. Tapi cantik kan....colorful gitu..



Dan "Keychain" sebelah "Handphone Case" tu...free untuk Suzira...Siapa-siapa yang tempah barang kat sini akan dapat free key chain setiap seorang (bukan untuk setiap brg yea,sorry) dan ianya sementara stok masih ada.....
Banyak barang kraf kat SINI, dijemput untuk untuk cuci mata...