Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia kepada "followers" dan Pengunjung-pengunjung pondokkraf.blogspot.com, mulai detik dan saat ini maka dengan rasminya pondokkraf.blogspot.com telah bertukar "tittle" kepada teratak-kraf.blogspot.com. Pertukaran nama blog ini untuk mengelakkan kekeliruan dengan blog lain yang telah pun menggunakan nama blog yang hampir sama dengan pondokkraf. Oleh kerana blog ini wujud selepas blog tersebut, maka saya perlulah beralah dan mencari alternatif untuk menamatkan kekeliruan walapun tiada aduan yang menyatakan nama blog yang hampir sama,sama ada dari pemilik blog itu sendiri atau pengunjung-pengunjung kedua-dua blog...Kesulitan ini amat-amatlah dikesali...Semoga dengan nama blog yang baru ini, blog saya lebih dikenali berbanding sebelum ni....
Isnin, 19 September 2011
Khamis, 15 September 2011
Selasa, 23 Ogos 2011
Jumaat, 15 Julai 2011
Isnin, 20 Jun 2011
BAGAIMANA JAHIT INSANG PARI PADA BAHAGIAN LABEL
Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia...
Hari ini genap setahun blog PONDOK KRAF. Tapi tiada apa yang menarik untuk diceritakan dan dikongsi sempena setahun penubuhannya. Cuma sekadar ingin berkongsi ilmu sahaja...
Tadi ada rakan dari RightBrain Thinker menyuarakan masalah di "facebook", bagaimana nak menjahit jahitan Insan Pari pada bahagian label yang di letak pada key chain. Dengan pengalaman saya yang tak seberapa, saya cuba ingin berkongsi ilmu yang ada. Di bawah ini saya menyediakan langkah-langkah bagaimana menjahit jahitan Insang Pari pada bahagian label. Diharap ianya dapat membantu...
BAHAGIAN HADAPAN
Masukkan label sebelah dalam atau dicelah kain felt.
BAHAGIAN HADAPAN
Kemudian cucuk jarum dari bahagian depan kain felt menembusi label dan kain felt bahagian belakang...( seperti gambar dibawah...)
BAHAGIAN HADAPAN
BAHAGIAN BELAKANG
Gambaran jarum yang dicucuk dari bahagian hadapan...
BAHAGIAN BELAKANG
Kemudian keluarkan jarum dan cucuk semula jarum pada label belakang (disisi tepi kain felt) sehingga menembusi label dibahagian hadapan...(seperti gambar dibawah...)
BAHAGIAN HADAPAN
Keluarkan jarum tersebut, kemaskan sehingga menjadi seperti gambar dibawah
BAHAGIAN HADAPAN
Hasil jahitan yang pertama pada label
BAHAGIAN HADAPAN
Ulang jahitan yang seterusnya. Cucuk jarum menembusi label dan kain felt belakang...
BAHAGIAN HADAPAN
Keluarkan jarum ke bahagian hadapan label dan tarik benang...
BAHAGIAN HADAPAN
Ulangi sehingga habis
BAHAGIAN HADAPAN
BAHAGIAN HADAPAN
BAHAGIAN HADAPAN
Hasil jahitan pada bahagian hadapan.
BAHAGIAN BELAKANG
Hasil jahitan pada bahagian belakang.
Ahad, 12 Jun 2011
Isnin, 16 Mei 2011
SEMPENA HARI GURU 2011
Selamat Hari guru diucapkan kepada semua para guru terutama kepada kakak saya Cikgu Haslina dan Cikgu Razana serta buat adik saya yang baru bergelar cikgu pada tahun ini …SELAMAT HARI GURU diucapkan.

Sempena Hari Guru ini, saya telah pun menghasilkan empat biji mini kek untuk dihadiahkan kepada empat orang guru di Tadika Islam As Saadah Kem Lok Kawi yang merupakan cikgu-cikgu kepada anak sulung saya Muhammad Asyraaf Danial…(Sorry erk Cik Na, Cik Zana dan Ciksu, hadiah untuk kalian tiada dari orang sini, kikikih).
Oleh sebab cikgu asyraaf hanya empat orang je, jadi boleh la bajet lebih sikit. Buat yang rumit sikit pun tak apa.Kalau ramai jenuh jugak nak buat tu. Harap-harap cikgu asyraaf suka dengan hadiah ini….
Langgan:
Catatan (Atom)




