Khamis, 6 Januari 2011

" NEW YEAR GIVEAWAY" ANJURAN AYEEN'S CRAFT



Salam semua...
Alahai, jarang bebenor joint Giveaway, masuk yang ni baru ke dua kali...Kali ni rasa terpanggil untuk joint tu sebab sebab utamanya hadiah dia best, espcially "Craft Pack". Kandungan dalam "Craft Pack" ni terdiri daripada:

1- kain felt x 8 pcs
2- mix round button 10mm x 24 pcs
3- ribbon ( grosgrain + printed ) x 3 meter
4- keyring x 3
5- pin brooch x 3
6- hp straps x 2
7- wiggle eye x 4 pairs

Haaa...Best kan hadiah dia. Fuhh! Kalu dapat bolot hadiah ni macam-macam leh buat, sesuai sangat ler dengan kerjaya ku sekarang sebagai "crafter" (Hehehe...kerjaya sampingan selain full housewife").
Anda tentu teruja jugak dengan hadiah tu kan? Tapi ada lagi hadiah lain iaitu "Cute Pack"...Apa lagi tunggu, Klik jer Ayeen's Craft untuk keterangan lanjut.
Jom kita sama-sama joint. Kita tengok siapa yang kena.....

Sabtu, 1 Januari 2011

SEMPENA TAHUN BARU 2011...

Sempena Tahun Baru 2011 dan Hari Jadi saya pada 01.Januari.2011 hari ini (seperti mana tercatat pada mykad) , saya ingin memperkenalkan produk terbaru 100% hasil rekaan serta ciptaan saya sendiri…

Dengan bangganya saya memperkenalkan “Handphone Case” bentuk mini gaun….Yeay…(tepuk tangan)






”Handphone Case” bentuk mini gaun ini telah saya cipta lebih-kurang lima bulan yang lalu setelah blog ini dilancarkan dan sudah ramai yang menempahnya. Orang yang pertama memilikinya adalah kakak saya yang banyak memperkenalkan produk-produk saya pada rakan-rakannya…Terima Kasih tak terhingga untuk beliau…Walaupun sukar untuk membuatnya tetapi hasilnya memang memikat hati sesiapa yang melihatnya…(cewah…masuk lif tekan sendiri) jangan marah ya…..untuk mengetahui harganya harganya, sila klik JOM SHOPPING…





Selasa, 28 Disember 2010

FRAME GAMBAR TEMPAHAN FAZLIZA



Ini frame saiz yg paling besar yang tak pernah saya buat sebelum ni. Selama ni saya buat frame saiz yg kecil dan sederhana jer. Frame ini berukuran 11.5” X 15” sesuai untuk gambar berukuran A4…90% design frame ni adalah dari customer. Saya tambah sikit-sikit mana yang perlu...Harap-harap fazliza berpuas hati dengan hasil kerja saya…



Dan ini label untuk produk saya, ""first time" saya gunakan label ni untuk hasil kerja kraf saya….

Khamis, 4 November 2010

HANDPHONE CASE KAK ANIZ, LINDA DAN JAZERINA



Yang ni kepunyaan Saudari Linda dan Aniz. Kedua-duanya request nak tali panjang. So, untuk permintaan untuk tali panjang Cuma RM 10.50 (HP Case+ HP Strap).

Harga “Handphone Strap” ni

cuma RM3.00 sahaja…


Yang ini tempahan Jazerina. Memilih “Butterfly” sebagai penghias kedua-dua “HP Case” ini…

HANDPHONE CASE KAK ANIZ, LINDA DAN JAZERINA


TEMPAHAN PUAN MAZNI



“Tissue Cover” tempahan Puan Mazni. Puan Mazni nak kan Ros merah sebagai hiasan untuk “Tissue Cover” ini.



Yang ni pula dua set “English Décor Charm (Pot 3 in 1)”. 1 set mengandungi 3 pcs teko. Puan Mazni “request” nak warna sama dengan
“Tissue Cover” kat atas tu…Nak tau harga, sila ke Jom Shopping



Dan ini, juga tempahan Puan Mazni.