Ahad, 12 Jun 2011

KAIN FELT







Antara kain Felt yang di beli di DAISO...Kalau ke DAISO pasti beli kain felt untuk tambah stok. Tapi biasanya beli warna-warna yang masih belum ada dalam simpanan...

Isnin, 16 Mei 2011

SEMPENA HARI GURU 2011

Selamat Hari guru diucapkan kepada semua para guru terutama kepada kakak saya Cikgu Haslina dan Cikgu Razana serta buat adik saya yang baru bergelar cikgu pada tahun ini …SELAMAT HARI GURU diucapkan.



Sempena Hari Guru ini, saya telah pun menghasilkan empat biji mini kek untuk dihadiahkan kepada empat orang guru di Tadika Islam As Saadah Kem Lok Kawi yang merupakan cikgu-cikgu kepada anak sulung saya Muhammad Asyraaf Danial…(Sorry erk Cik Na, Cik Zana dan Ciksu, hadiah untuk kalian tiada dari orang sini, kikikih).



Oleh sebab cikgu asyraaf hanya empat orang je, jadi boleh la bajet lebih sikit. Buat yang rumit sikit pun tak apa.Kalau ramai jenuh jugak nak buat tu. Harap-harap cikgu asyraaf suka dengan hadiah ini….



Ini sebenarnya bekas serbaguna, material digunakan adalah tin dan dibaluti serta dihiasi dengan kain felt seperti ala-ala cupcakes. Saiznya pun lebih kurang cupcakes.

Isnin, 18 April 2011

BEKAS SERBAGUNA




Dah lama nak buat bekas serbaguna ni, sejak berkecimpung dalam dunia felt lagi. Disebabkan masa yang terbatas, bulan Mac yang lalu baru berkesempatan membuatnya. Dan hari ni baru dapat upload kat blog...

Apa pun, bekas yang rupa macam kek ala-ala strawbery ni boleh digunakan untuk menyimpan barang kemas, aksesori dan sebagainya amat sesuai untuk dijadikan hadiah sempena Hari Ibu, Hari Jadi, Ulangtahun Perkahwinan, Hari Guru dan sebagainya. Kat atas kek tu boleh lakar macam-macam ungkapan...nak tulis nama dan tarikh pun boleh...

Jumaat, 15 April 2011

SEPARUH SIAP UNTUK KATEGORI ALPHABERT
















Hasil tampalan huruf-huruf pada kain. Lepas ni proses mengunting, mencantum dan menampal gambar-gambar untuk setiap huruf yang ada. Proses ni memang menyeronokan. Anak-anak pun macam suka dan berminat dengan hasil kerja tangan ibunya…Sabar yea…semua ni untuk anak-anak ibu…



Selasa, 12 April 2011

MENERUSKAN PROJEK YANG TERGENDALA


Demi anak-anak, projek yang tergendala cuba disiapkan…tapi masih pada tahap permulaan. Kalau boleh nak siapkan secepat yang mungkin. Baru perasan, untuk nombor kena tambah satu lagi angka sepuluh...

Sabtu, 19 Mac 2011

PROJEK YANG TERGENDALA SEBENTAR

Jajarkan ke Tengah
Ini langkah pertama projek yang ingin dilaksanakan...cuma masa yang tidak mengizin untuk meneruskan projek ini. Insya-ALLAH akan diteruskan juga nanti...

Isnin, 14 Mac 2011

“FIRST GIVEAWAY” DARI SEW AND CUT





Kali ni nak join giveaway dari blog Sew and Cut. Hadiah yang disediakan memang cantik iaitu 20 biji "pin cushions" yang bermotif buah dan sayur macam dalam gambar kat atas tu, cantik kan? Ada tiga bentuk iaitu Labu, Tomato dan Manggis. Penyertaannya terhad untuk 20 orang saja….Nak join, sila lawat ke blog Sew and Cut
…Harap-harap dapat ler memetik sebijik buah atau sayur tu dari blog Sew and Cut ni…